Lagenda Renceh Si Pemburu Kepala
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEOpGk53SRjLRFchHnvozalpvR0Ue8VewCC4hsB8GJo6yReTVzwtiRoNmsrnOqDzk8h8r4tEhxKAphm8INDa01B8NyIhVfa_QqKzpE0RiIm5M7dBhKA6ABMEH8aFvqKHZVr4liYZcuZpVB/s400/hipwee-wall.alphacoders.com_-750x500.jpg)
Di sebahagian tempat di Negeri Sembilan, ‘Renceh’ atau ‘ghenceh’ bermaksud ‘pemburu kepala’. Golongan Renceh bukanlah pembunuh upahan, tetapi mereka terpaksa membunuh kerana sudah pasti seseorang yang dipenggal kepalanya akan mati. Kepala yang diperolehi akan digunakan untuk upacara bersemah iaitu menjamu selera makhluk-makhluk halus yang menjadi penunggu di sesebuah kawasan yang akan dibangunkan. Jika tidak, makhluk-makhluk halus akan mengamuk. Mahkluk halus ini akan membuat kacau dan merasuk mereka yang lemah. Sekitar tahun 80-an heboh satu negara apabila dikatakan para pemenggal kepala ini berkeliaran mencari kepala-kepala kerana sebuah projek pembinaan pelabuhan di sebuah negeri di Pantai Timur sukar untuk dimulakan. Kejadian pekerja-pekerja meracau malahan ada yang berbunuhan sesama sendiri beramai-ramai tanpa sebab pernah terjadi. Semua ini dipercayai berpunca dari angkara makhluk halus yang tidak puas hati kerana tempat mereka diganggu. Bomoh-bomoh terkenal turut ditugaskan u...