Kisah Hantu Janda Jahat Yang Mengganggu Lelaki Artikel Penuh: https://www.kisahseram.com/kisah-hantu-janda-jahat-yang-mengganggu-lelaki.html © kisahseram.com
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjLSAMgtaGyg818DA7bkdRnumf13XYNpPqkBBQ1xt6C5eSg9ZTzijSm9St8EN5Dff088d4uZgD_ryC7phj7PQ5aAlWGfzz_ik1XttddkpNggaRv7PBO0VKxsxbK6U3AwoLdveZwIIWCNmNC/s400/122321_rh1.jpg)
Penduduk lelaki di sebuah kampung terpencil berdekatan Bangkok, Thailand yang ketakutan terpaksa memakai pakaian wanita dan bersolek sebelum tidur angkara hantu janda jahat yang dilaporkan mengganas di kampung tersebut. Dipercayai bahawa dengan memakai pakaian wanita dan bersolek sebelum tidur dapat mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa hantu berkenaan. Penduduk kampung Nakhon Phanom di timur laut Thailand itu turut menggantung patung lelaki dengan kemaluan besar di luar rumah yang dipercayai mampu menakutkan hantu janda jahat berkenaan. Kampung yang mempunyai lebih kurang 90 orang penduduk itu mula diselubungi panik dan ketakutan sejak beberapa minggu lalu selepas seramai lima lelaki muda serta sihat, tiba-tiba meninggal dunia ketika tidur. Penduduk percaya kampung mereka diganggu oleh hantu janda yang menggoda kaum lelaki ketika tidur sebelum membawa roh mereka pergi bersamanya. Selepas berlaku beberapa kematian, penduduk mula menggantung patung lelaki berzakar besar ber...